How Dare Are You in Realizing Your Dreams |
Dalam post kali ini, sikit yang saya nak kongsikan dengan anda berkenaan objektif ataupun matlamat untuk kita tuju dan capai.
Antara salah satu daripada intipati yang menentukan sama ada kita menuju ke arah kejayaan atau kegagalan adalah matlamat. Adakah semakin hari kita makin menjauhi matlamat kita atau mendekati matlamat kita?
Pada awalnya saya sendiri tidak dapat menyenaraikan 101 sebab saya untuk berjaya. Lantaran itulah saya masih lagi berada di kedudukan lama, tanpa berganjak.
Seperti tajuk post kali ini, apakah 101 sebab saya nak kaya dan berjaya?
Sedikit yang saya rujuk daripada beberapa blog sebagai ilmu dan maklumat untuk saya kongsikan, daripada 101 impian yang kita akan set nanti, ia dapat kita pecahkan mengikut beberapa kategori seprti berikut:
- Aspek Kerjaya & Perniagaan
- Aspek Kerohanian
- Aspek Sumbangan
- Aspek Perhubungan
- Aspek Fizikal dan Kesihatan
- Aspek Masa
- Aspek Ilmu dan Pendidikan
- Aspek Kewangan
- Aspek Reward Untuk Diri dan Enjoy...
Dariapda 9 Aspek ini sahaja, saya yakin anda hanya perlu senaraikan sekurang-kurangnya 12 sebab untuk setiap aspek, dan anda akan dapat lebih daripada 101 Sebab Kenapa Anda Perlu Kaya dan Berjaya.
Adalah amat penting jika anda dapat lahirnya 101 sebab ini mengikut situasi anda, latar belakang anda sendiri tanpa meniru impian orang lain kerana, ini ialah impian anda. Hak anda dan tiada orang lain yang dapat mematahkan impian anda ini, tak ada orang lain yang dapat menghalang impian anda ini selain Allah sahaja.
Jum senaraikan 101 impian kita dan baca setiapa pagi dan petang. Kerana pesan guru saya,
Apa yang kita baca, apa yang kita tulis, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa, apa yang kita fikir, ITU ADALAH DOA.
Dr. Azian Osman
Apa lagi.. Jom mulakan..
Sumber Rujukan: DKStartpoint
0 comments:
Post a Comment