Konsep ASAS Takaful

Pelan Terbaik Untuk Suami, Isteri dan Termasuk sehingga 4 Orang Anak dengan Hanya RM 330* Sebulan.

Salam sejahtera. Insyaallah dalam pos kali ni saya nak share berkenaan konsep takaful, apa itu takaful, maksud di sebalik perkataan takaful untuk pemahaman yang lebih terperinci.

Berikut ialah maksud Takaful yang saya dapatkan di Wikipedia iaitu.

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Dalam kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada risiko.
Antara contoh-contoh risiko yang dapat beri ialah:

  1. Risiko ketika memandu ialah boleh terlibat dalam kemalangan.
    • Insuran/Takaful untuk gantirugi - jaminan untuk ringankan beban.
  2. Risiko bekerja di lautan ialah seperti dimakan jerung, bot karam ditawan lanun, letupan dan sebagainya.
    • Jaminan gaji dan bonus yang tinggi, mungkin berpuluh ribu sebulan.
    • Lain? Anda fikirkan..

Dengan Takaful, penyertaan ahli-ahli adalah atas dasar persetujuan, dengan seikhlas hati untuk saling membantu sesama ahli. Sebagai contoh. Daripada 5 peserta yang telah menyertai takaful, dengan komitment bulanan dengan nilai tertentu, setiap ahli dikira saling menjamin antara satu sama lain, dengan sumbangan sejumlah wang akan dimasukkan ke dalam 1 tabung. 

Sekiranya seorang ahli(Peserta Takaful) yang menyertai takaful ini menyumbang sebanyak RM 50.00, bermaksud dalam tabung berkenaan sudah ada RM 250.00. Ditakdirkan pula seorang daripada ahli ini mengalami kemalangan. Maka, mengikut perjanjian tertentu pihak yang mengurus sumbangan dan membayar tuntutan(AIA Public Takaful) kepada ahli yang berkenaan untuk meringankan beban ahli. 
(Mohon betulkan saya sekiranya pemahaman saya ini tidak atau kurang tepat ya).

Berdasarkan pengetahuan asas ini, adakah dengan bertakaful ini sebenarnya memberi keburukan kepada kita? 


Seterusnya saya Quote lagi daripada Wikipedia.

Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini(insuran/takaful) merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah baca di sini.


Untuk penjelasan yang lebih terperinci, boleh hubungi saya,
Muhamad Baseri,
Agent AIA Public Takaful yang sah.
011 - 32055540/0135863118



0 comments:

Post a Comment

 

QUOTES

Apa yang kita dapat hari ini adalah hasil daripada usaha, pilihan dan keputusan yang telah kita buat beberapa tahun yang lepas.